Nuff Ads
Search
Latest topics
Jurulatih BAM Dirombak, Koo/Tan Tidak Lagi Di Bawah Rexy
Page 1 of 1 • Share •
Jurulatih BAM Dirombak, Koo/Tan Tidak Lagi Di Bawah Rexy

08 September, 2011 20:28 PM
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Mulai minggu depan, latihan beregu
lelaki utama negara Koo Kean Keat/Tan Boon Heong akan dikendalikan Tan
Kim Her yang dilantik ketua jurulatih beregu lelaki dalam satu rombakan
oleh Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan (C&T) Persatuan
Badminton Malaysia (BAM).
Pengerusinya Ng Chin Chai berkata rombakan itu juga menyaksikan bekas
jurulatih beregu tersebut, Rexy Mainaky dilantik sebagai ketua jurulatih
beregu wanita dan campuran.
Tan yang akan turut dibantu Pang Cheh Chang dan Rosman Razak, akan
bertanggungjawab menyusun bentuk latihan termasuk menentukan sama ada
pasangan Koo/Tan diletakkan di bawah seliaan Pang seperti yang diminta
mereka, katanya pada sidang media, di sini.
"Keputusan ini diambil bukan atas kehendak pemain semata-mata tetapi
setelah kita mendengar pendapat daripada semua pihak termasuk media dan
'bloggers'.
"Kami sebenarnya mahu menghantar mesej yang tegas kepada pasangan beregu
itu bahawa faktor utama kejayaan adalah diri mereka sendiri. Mereka
harus bekerja keras dan sedia berkorban jika mahu berjaya terutama pada
Sukan Olimpik akan datang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat
C&T BAM itu.
Ng berkata rombakan itu dilakukan selepas BAM dan Institut Sukan Negara
membuat bedah siasat Kejohanan Badminton Dunia bulan lepas, selain
mengambil kira sasaran utama merangkul emas pada temasya Olimpik di
London tahun depan.
Pada kejohanan itu, Koo dan Tan kandas di suku akhir setelah tewas kepada beregu Korea Selatan Ko Sung-hyun/Yoo Yeon-seong.
"Dalam rombakan ini kita juga akan meletakkan pemain pelapis untuk berlatih bersama skuad elit.
"Dengan cara ini, harapan utama kita Datuk Lee Chong Wei, Koo dan Tan
mempunyai lebih ramai 'sparing partner' dan pelapis kita juga akan
mendapat faedah berlatih bersama mereka," katanya.
Sementara itu, Rexy yang ditemui sejurus tamat mesyuarat itu kelihatan riang dan positif dengan keputusan tersebut.
Dalam pada itu, Ng yang juga Setiausaha Kehormat BAM berkata badan induk
sukan badminton tanah air itu tidak mensasarkan emas pada Sukan SEA di
Indonesia November ini.
"Tumpuan kita adalah Olimpik. Oleh itu pemain yang mempunyai peluang
untuk layak ke Olimpik tidak akan diturunkan pada Sukan SEA termasuk
Chong Wei, Koo dan Tan serta beregu wanita Wong Pei Tty dan Chin Eei
Hui," katanya.
Bagi skuad lelaki, cabaran negara digalas perseorangan Liew Darren, Mohd
Arif Mohd Latif, Chong Wei Feng dan Goh Soon Huat serta beregu Lim Khim
Wah/Goh V Shiem, Hoon Thien How/Ong Jian Guo dan Ong Soon Hock/Mak Hee
Chun.
Skuad wanita pula dibarisi perseorangan Tee Jing Ying, Lydia Cheah, Yang
Li Lian dan Sonia Cheah serta beregu Vivian Hoo/Woon Khe Wei, Sabrina
Chong/Lim Yin Loo dan Marylyn Ng/Lai Pei Jing.
-- BERNAMA
Admin- Admin

- Posts: 9
Join date: 2010-09-22

Similar topics» 4 lagi premium porn pass ! Giveaway !
» nah aawek tagged lagi..tak tahu lah betul ke tipu..pepandai lah korang adjust..
» JUALAN TUDUNG & ANAK TUDUNG BERAWNING DAN TIDAK BERAWNING..SESUAI UTK MEREKA YG SUKA MEMAKAI SELENDANG..HARGA AMAT BERPATUTAN..GRAB IT GURLS...
» LamanBusana: Dapatkan tudung Ekin terbaru kami di http://lamanbusana.blogspot.com. Harga murah dan berkualiti. Amat selesa dipakai. Labuh menutupi bawah dada. Pelbagai design, warna, dan saiz.
» masalah mesin jahit....Benang tak nak lekat..Mcmana ye?
» nah aawek tagged lagi..tak tahu lah betul ke tipu..pepandai lah korang adjust..
» JUALAN TUDUNG & ANAK TUDUNG BERAWNING DAN TIDAK BERAWNING..SESUAI UTK MEREKA YG SUKA MEMAKAI SELENDANG..HARGA AMAT BERPATUTAN..GRAB IT GURLS...
» LamanBusana: Dapatkan tudung Ekin terbaru kami di http://lamanbusana.blogspot.com. Harga murah dan berkualiti. Amat selesa dipakai. Labuh menutupi bawah dada. Pelbagai design, warna, dan saiz.
» masalah mesin jahit....Benang tak nak lekat..Mcmana ye?
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum




» Bersihkah Zon V anda?
» ‘Alex’ tekad bantu Warriors
» Bapa saman Facebook
» Jurulatih BAM Dirombak, Koo/Tan Tidak Lagi Di Bawah Rexy
» Euro 2012 : Sepanyol, Itali layak
» Kelantan tak rela lepas gelaran
» Miera Liyana Kasmi, Nur Fathia Abd. Latiff dan Syakila Nisha Jahangir @ Kilafairy
» Salam sejahtera kepada semua ahli forum